Badal Haji atau Upah Haji

Disertakan Haji, Umrah, Tahlil, Sijil Upah Haji dan Hadiah

Badal Umrah atau Upah Umrah

Disertakan Umrah, Tahlil, Sijil Upah Umrah dan Hadiah

Air Zam-Zam 10 Liter

Sabda Rasulullah S.A.W : “Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut dapat menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai pengubat penyakit"

Pakej Umrah Ziarah

Daripada Ibnu Umar r.a : " Tidak ada seorang pun melainkan wajib baginya sekali Haji dan sekali Umrah kerana disebut kedua-duanya serentak ( Al-Quran - Ayat 196 - Surah Al-Baqarah ) sebagai perintah. Perintah bererti wajib, maka Umrah wajib seperti Haji “( HR Imam Bukhari )

Pakej Haji Swasta PJH

" Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah ". (QS Al-Baqarah : 196)

Selasa, 18 Disember 2012

Hukum Upah Haji

PENGERTIAN BADAL HAJI (UPAH HAJI)

Badal ertinya "Ganti", "Pengganti", atau yang "Digantikan". Oleh itu Badal Haji adalah menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:



Maksudnya :
"Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."

DALIL BADAL HAJI (UPAH HAJI)

Soalan: Adakah amalan mengupah haji bagi kaum keluarga yang telah meninggal dunia atau uzur dibolehkan di dalam agama Islam?

Jawapan : Terlebih dahulu biar saya sentuh serba ringkas tentang ibadah haji. Haji adalah salah satu rukun Islam. Ia disenaraikan bersama dengan mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kefarduannya jelas berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 97 bermaksud:
(Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk).

Manakala sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan). (Riwayat Muttafaq Alaih).

Lantaran itu, jelas di sini bahawa ibadah haji wajib ke atas setiap Muslim, baligh, berakal, merdeka, aman perjalanan dan berkemampuan. Satu syarat tambahan untuk wanita iaitu adanya mahram bersamanya.


Yang dimaksudkan dengan kemampuan ialah :

1.  Memiliki bekalan yang mencukupi bagi perjalanan pergi ke Tanah Suci dan perjalanan pulang ke tanah airnya untuk dirinya dan perbelanjaan mereka yang di bawah tanggungannya semasa pemergiannya.

2. Pengangkutan yang sesuai.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai kemampuan untuk sampai kepadanya yang terdapat dalam ayat 97 surah al-Baqarah yang disebut di atas. Baginda telah menjelaskan maksudnya, ialah bekalan dan kenderaan.

Oleh itu, sesiapa yang telah memenuhi segala syaratnya, wajiblah ia mengerjakannya. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan dalam satu hadisnya bermaksud: Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani. (Riwayat Tirmizi dan Baihaqi).

Kemampuan terbahagi kepada dua kategori : 

1. Berkemampuan mengerjakan sendiri ibadah haji tersebut apabila mempunyai kemampuan kewangan dan tubuh badan yang sihat.

2.  Berkemampuan dengan bantuan orang lain apabila mempunyai kemampuan kewangan tetapi ada halangan kesihatan.

Apa yang disebut dan dikenali dalam masyarakat Melayu sebagai upah haji atau biasanya disebut badal haji adalah termasuk dalam kategori kedua. Iaitu ia berkemampuan mengerjakan haji dari segi kewangan dan syarat-syarat wajib yang lain tetapi tidak sempat melakukan ibadah haji kerana meninggal dunia atau mengalami keuzuran yang tidak memungkinkannya mengerjakan sendiri ibadah haji tersebut.

Dalam kes sebegini, Islam mengharuskan ibadah hajinya dikerjakan oleh orang lain dengan pembiayaannya diambil daripada harta si mati atau orang yang mengalami keuzuran tersebut.

Apabila disebut upah, biasanya tidak terlepas dengan soal bayaran. Para ulama tidak sependapat mengenai hukum mengambil upah atau bayaran bagi amalan yang melibatkan ketaatan seperti ibadah haji, azan, mengajar al-Quran dan seumpamanya.

Imam Malik dan Imam Syafie mengharuskannya, walaupun ada ulama lain yang berpendapat sebaliknya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Bayaran yang paling berhak kamu mengambilnya adalah mengajar Kitab Allah (Riwayat Bukhari).

Apakah dalil-dalil keharusan mengerjakan haji untuk orang lain?

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keharusan mengerjakan haji untuk orang lain. Di antaranya:

1.  Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2.  Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari).

3.  Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: "Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?'' Jawabnya: ''Tidak!'' Sabda Baginda: ''Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

4.  Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: "Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tunaikanlah haji untuknya.'' (Riwayat Ahmad dan Nasai).

5.  Hadis-hadis ini jelas menunjukkan keharusannya, malah wajib ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib haji yang telah disebut. Andainya ia tidak mempunyai kemampuan kewangan, maka tidak wajib ia mewakilkan kepada orang lain.

Namun begitu, jika ada pihak lain yang ingin mengerjakan haji bagi pihaknya walaupun ia tidak berkemampuan, hukumnya juga harus. Seperti seorang anak yang ingin membiayai ibadah haji untuk ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka.

Seseorang yang ingin melakukan ibadah haji untuk orang lain hendaklah menunaikan haji untuk dirinya terlebih dahulu, seperti yang dinyatakan dalam hadis Syubrumah.

Tidak disyaratkan bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah haji bagi pihak orang lain itu dari kalangan kaum kerabatnya atau berasal dari tempat kelahirannya. Malah ia boleh dilakukan oleh siapa sahaja yang boleh mengerjakannya, walaupun dinyatakan dalam hadis Khas`am di atas daripada anaknya yang paling tua.

Faktor jantina juga tidak diberi perhitungan. Malah jelas daripada hadis wanita Khas`am, wanita telah diizinkan menunaikan haji menggantikan lelaki.

Siapakah yang paling afdal untuk mengerjakan haji bagi pihak si mati atau yang uzur tersebut?

Telah disebut sebelum ini, tidak berbangkit siapakah yang paling afdal.

Namun begitu, seorang anak digalakkan melakukan untuk kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka .

Hal ini termasuk dalam perbuatan ihsan terhadap kedua-dua mereka sesudah kematian mereka, kerana berbakti kepada kedua-dua ibu bapa itu tidak terhenti semasa mereka masih hidup sahaja, malah berterusan selepas kematian mereka.

Selain itu, perlu diperingatkan bahawa seorang anak tidak boleh melakukan ibadah haji kepada kedua-dua ibu bapa mereka dalam satu masa.

Imam Daraqutni meriwayatkan daripada Zaid bin Arqam bermaksud :

"Jika seorang lelaki mengerjakan haji untuk kedua-dua ibu bapanya, diterima daripadanya dan kedua-duanya. Ia tercatat di sisi Allah sebagai kebajikan." (Sunan Daraqutni).

Menyentuh aspek perbelanjaannya pula, siapakah lebih berperanan? Adakah diambil daripada peninggalan si mati atau sumber keluarga yang terdekat?

Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, kewajipan mengerjakan adalah ke atas mereka yang memenuhi syarat dan berkemampuan, bukan kepada yang lain.

Sekiranya mereka tidak sempat mengerjakannya atau berhalangan untuk mengerjakannya kerana faktor kesihatan yang menghalang mereka. Dengan itu perbelanjaan hendaklah diambil daripada harta mereka.

Oleh itu, dalam kes yang melibatkan si mati, sepatutnya sebelum harta peninggalannya diagihkan kepada ahli waris, hendaklah dikeluarkan dahulu kos untuk ibadah haji si mati.

Bagaimanakah sejarah mengupah haji pada zaman Rasulullah s.a.w. hingga para sahabat. Sila jelaskan?

Tiada maklumat berkaitan sejarah upah haji pada zaman awal. Yang ada hanyalah pertanyaan para sahabat mengenai boleh atau tidak dikerjakan haji untuk orang lain seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas.

Salah satu daripada hadis Ibnu Abbas di atas menyatakan pertanyaan itu berlaku semasa baginda melakukan ibadat haji wada` (haji selamat tinggal) pada tahun 10 Hijrah.


1.     Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?

Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.

2.     Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?

Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.

3.     Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak meninggalkan sebarang harta pusaka?

Tidak wajib.

4.     Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?

Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan.

Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.

5.     Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?

Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".

6.     Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?

Boleh.

7.     Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?

Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.

8.     Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?

Ya. Boleh.
 

9.     Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat haji?

Kemampuan ialah:

a) Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
b) Sihat badan
c) Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d) Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.
 

10.  Adakah hukumnya salah, apabila seseorang mengerjakan haji dari perbelanjaan yang dikeluarkan oleh orang lain?

Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.
 

11.  Bolehkah seseorang berhutang untuk menunaikan fardhu haji?

Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau dia berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang belum diwajibkan.

12.  Adakah dibolehkan seorang mengerjakan haji sedangkan dia belum melunaskan semua hutangnya yang dibayar setiap bulan dari potongan gajinya?

Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.

13.  Sahkan haji seseorang yang menggunakan wang si mati di mana dia adalah penerima yang pertama?

Sah hajinya.

 

Hukum Upah Umrah


HUKUM MENUNAIKAN UMRAH

Umrah diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah, hanya ibadah haji sahaja.  

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : 

وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

 Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah(Al-Bukhari)

Antara hadis berkaitan kelebihan mengerjakan umrah :

1.  Penghapusan dosa

Rasulullah SAW bersabda :

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلا الْجَنَّةُ

Maksudnya : “Satu Umrah ke satu Umrah merupakan penghapus dosa antara keduanya. Dan Haji yang mabrur itu pula, tidak ada balasan yang lebih setimpal melainkan syurga.” (HR Al-Bukhari dan Muslim) 

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda :

عُمْرَةٌ فِي رَمَضَان تَعْدِلُ حَجَّة

Maksudnya: “Umrah dalam bulan Ramadhan menyamai Haji”. (HR Al-Bukhari dan Muslim)

2.  Menjadi tetamu agung kepada Allah swt.

"Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah swt, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah swt perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah swt ampunkan mereka". (Riwayat al-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

3.  Permintaan dikabulkan

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipat gandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham.” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

 

Borang Daftar Badal Haji Online





BORANG DAFTAR BADAL HAJI ONLINE
1. MAKLUMAT PEMOHON
Nama :
Alamat Rumah :
No H/P :
No Tel (R) :
Alamat Pejabat :
No Tel (P) :
No Fax (P) :
Email :

2. PILIHAN BADAL HAJI

Badal Haji Biasa - RM 1,500
Badal Haji Uzur - RM 1,900
Badal Haji Plus - RM 2,000
Badal Haji Extra - RM 2,500
Badal Haji Baraqah - RM 3,000

Sebahagian dari yuran tersebut akan disalurkan kepada Pembinaan Masjid, Madrasah dan Pusat Tahfiz terpilih agar impaknya berpanjangan dan berterusan kepada arwah dan juga pemberi.

*Nota :
1. Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
2. BAYARAN PERKHIDMATAN POS HADIAH IRINGAN dikenakan sebanyak RM 20 setiap penama Badal Haji.

3. MAKLUMAT ALLAHYARHAM / ALLAHYARHAMAH
Nama Arwah / Uzur (Senaraikan) :
Tarikh Daftar :

PELAKSANAAN BADAL HAJI

Orang yang melaksanakan BADAL HAJI dan BADAL UMRAH ini terdiri dari kalangan orang terpilih dan dipercayai iaitu pemastautin tetap di Kota Makkah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan ibadat Haji dan Umrah setiap tahun.
SYARAT BADAL HAJI
 
1. Orang yang hendak dikerjakan Haji untuknya telah TIDAK berkemampuan mengerjakan Haji kerana telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh yang menyukarkan pergerakan untuk ke Baitullah.
2. Orang yang mengerjakan Haji pula TELAH mengerjakan Haji untuk dirinya sendiri.
3. Mengerjakan SATU Haji untuk satu orang sahaja pada satu-satu masa.

4. PANDUAN PENDAFTARAN / PEMBAYARAN
PENDAFTARAN

Kami menerima pendaftaran melalui mana-mana kaedah berikut :

1. Pendaftaran terus melalui Pengurus Raudhah Umrahajj Services
2. Pendaftaran melalui Consultant Raudhah Umrahajj Services
3. Atas talian (online) melalui weblog www.badalhaji1.blogspot.com atau www.badalhaji2u.blogspot.com
4. Melalui email : raudhah.umrahajj@gmail.com
5. Telefon : 013-212 7799 atau WhatsApp : 012-777 7190
KAEDAH PEMBAYARAN
 
Bayaran boleh dibuat secara Deposit tunai ke akaun bank.

Nama Penerima : RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
Bank : CIMB ISLAMIC
No. Akaun : 0507 0001 2741 05

* Sila sertakan bukti / slip pembayaran untuk rujukan kami. ( Fax / Email / sms / poskan slip pengesahan pembayaran dengan menyatakan nama, no.tel, alamat dan tarikh yang ditempah serta memaklumkan kepada kami)
* Nota Penting : Sila hubungi saya untuk tujuan akad secara onlines atau terus datang jumpa saya.

Nama : Mohammad Nakhaie aka Naim
No Tel : 013-212 7799
WhatsApp : 012-777 7190

Jika ada kemusykilan atau sebarang pertanyaan, hubungi saya seperti nama dan no yang tertera.

Sekian, Wassalam.


Form provided by Freedback

Borang Daftar Pakej Umrah / Haji Online




BORANG DAFTAR UMRAH / HAJI ONLINE

1. MAKLUMAT PEMOHON (Sila isi dengan lengkap)
Nama :
Kad Pengenalan :
Alamat Rumah :
No. Tel (R) :
No. H/P :
Alamat Pejabat :
No. Tel (P) :
No. Fax (P) :
Email :
Tarikh Lahir :
Tempat Lahir :

Maklumat Pasport
No. Pasport :
Tempat Dikeluarkan :
Tarikh DIkeluarkan :
Tarikh Tamat :

2. MAKLUMAT PAKEJ UMRAH / HAJI
Jenis Pakej :
Harga :
Tarikh :
Jenis KT Haji :
Jenis Bilik :
Senarai Nama Peserta :

3. MAKLUM BALAS / PERTANYAAN
Nyatakan :

4. PANDUAN PENDAFTARAN / PEMBAYARAN

PENDAFTARAN

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran Pakej Umrah dan Haji, sila berhubung terus dengan Pengurus HQ Raudhah Umrahajj Services.

MOHAMMAD NAKHAIE di talian 013-212 7799
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat secara Deposit tunai ke akaun Bank :

Nama Penerima : RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES

CIMB ISLAMIC
Nombor Akaun : 0507 0001 2741 05
* Sila sertakan bukti / slip pembayaran untuk rujukan kami. ( Fax / Email / sms / poskan slip pengesahan pembayaran dengan menyatakan nama, no.tel, alamat dan tarikh yang ditempah serta memaklumkan kepada kami).

Click here to create your own form.