Badal Haji atau Upah Haji
Disertakan Haji, Umrah, Tahlil, Sijil Upah Haji dan Hadiah
Badal Umrah atau Upah Umrah
Disertakan Umrah, Tahlil, Sijil Upah Umrah dan Hadiah
Air Zam-Zam 10 Liter
Sabda Rasulullah S.A.W : “Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut dapat menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai pengubat penyakit"
Pakej Umrah Ziarah
Daripada Ibnu Umar r.a : " Tidak ada seorang pun melainkan wajib baginya sekali Haji dan sekali Umrah kerana disebut kedua-duanya serentak ( Al-Quran - Ayat 196 - Surah Al-Baqarah ) sebagai perintah. Perintah bererti wajib, maka Umrah wajib seperti Haji “( HR Imam Bukhari )
Pakej Haji Swasta PJH
" Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah ". (QS Al-Baqarah : 196)
Memaparkan catatan dengan label Umrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umrah. Papar semua catatan
Selasa, 18 Disember 2012
Hukum Upah Umrah
HUKUM MENUNAIKAN UMRAH
Umrah diwajibkan ke atas manusia sekali seumur
hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan
umrah, hanya ibadah haji sahaja.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang
bermaksud :
وَأَتِمُّواْ
ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :
“Tidak ada seorang pun kecuali
diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)
Antara hadis berkaitan kelebihan
mengerjakan umrah :
1. Penghapusan dosa
Rasulullah SAW bersabda :
الْعُمْرَةُ إِلَى
الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ
جَزَاءٌ إِلا الْجَنَّةُ
Maksudnya : “Satu Umrah ke satu
Umrah merupakan penghapus dosa antara keduanya. Dan Haji yang mabrur itu pula,
tidak ada balasan yang lebih setimpal melainkan syurga.” (HR Al-Bukhari dan
Muslim)
Di dalam hadis yang
lain Nabi SAW bersabda :
عُمْرَةٌ فِي
رَمَضَان تَعْدِلُ حَجَّة
Maksudnya: “Umrah dalam bulan
Ramadhan menyamai Haji”. (HR Al-Bukhari dan Muslim)
2. Menjadi tetamu agung kepada Allah swt.
"Orang yang
mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah swt, sekiranya
mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah swt perkenankan doa mereka, sekiranya
mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah swt ampunkan mereka". (Riwayat al-Nasa’iy dan Ibnu Majah)
3. Permintaan dikabulkan
Abi Suhail mendengar
Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’
di Mekah :
“Para jemaah haji dan
umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta,
mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa
yang telah mereka belanjakan dan melipat gandakan satu dirham untuknya menjadi
sejuta dirham.” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
Langgan:
Catatan (Atom)











