Badal ertinya "Ganti", "Pengganti",
atau yang "Digantikan".
Oleh itu Badal Haji adalah menggantikan
orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu
seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun
Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:
Maksudnya : "Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."
Maksudnya : "Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."
DALIL BADAL HAJI (UPAH HAJI)
Soalan:
Adakah amalan mengupah haji bagi kaum
keluarga yang telah meninggal dunia atau uzur dibolehkan di dalam agama Islam?
Jawapan : Terlebih dahulu biar saya sentuh serba
ringkas tentang ibadah haji. Haji adalah salah satu rukun Islam. Ia
disenaraikan bersama dengan mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kefarduannya jelas
berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 97 bermaksud: (Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk).
Manakala sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan). (Riwayat Muttafaq Alaih).
Lantaran itu, jelas di sini bahawa ibadah haji wajib ke atas setiap Muslim, baligh, berakal, merdeka, aman perjalanan dan berkemampuan. Satu syarat tambahan untuk wanita iaitu adanya mahram bersamanya.
Yang dimaksudkan dengan kemampuan ialah :
1. Memiliki bekalan yang mencukupi bagi
perjalanan pergi ke Tanah Suci dan perjalanan pulang ke tanah airnya untuk
dirinya dan perbelanjaan mereka yang di bawah tanggungannya semasa
pemergiannya.
2. Pengangkutan yang sesuai.
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai kemampuan untuk sampai kepadanya yang terdapat dalam ayat 97 surah al-Baqarah yang disebut di atas. Baginda telah menjelaskan maksudnya, ialah bekalan dan kenderaan.
Oleh itu, sesiapa yang telah memenuhi segala
syaratnya, wajiblah ia mengerjakannya. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan
dalam satu hadisnya bermaksud: Sesiapa yang memiliki bekalan dan
kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak
berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani. (Riwayat Tirmizi dan Baihaqi).
Kemampuan terbahagi kepada dua
kategori :
1. Berkemampuan mengerjakan sendiri ibadah haji tersebut
apabila mempunyai kemampuan kewangan dan tubuh badan yang sihat.
2. Berkemampuan dengan bantuan orang
lain apabila mempunyai kemampuan kewangan tetapi ada halangan kesihatan.
Apa yang disebut dan dikenali dalam masyarakat Melayu sebagai upah haji atau biasanya disebut badal haji adalah termasuk dalam kategori kedua. Iaitu ia berkemampuan mengerjakan haji dari segi kewangan dan syarat-syarat wajib yang lain tetapi tidak sempat melakukan ibadah haji kerana meninggal dunia atau mengalami keuzuran yang tidak memungkinkannya mengerjakan sendiri ibadah haji tersebut.
Dalam kes sebegini, Islam mengharuskan ibadah hajinya dikerjakan oleh orang lain dengan pembiayaannya diambil daripada harta si mati atau orang yang mengalami keuzuran tersebut.
Apabila disebut upah, biasanya tidak terlepas dengan soal bayaran. Para ulama tidak sependapat mengenai hukum mengambil upah atau bayaran bagi amalan yang melibatkan ketaatan seperti ibadah haji, azan, mengajar al-Quran dan seumpamanya.
Imam Malik dan Imam Syafie mengharuskannya, walaupun ada ulama lain yang berpendapat sebaliknya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Bayaran yang paling berhak kamu mengambilnya adalah mengajar Kitab Allah (Riwayat Bukhari).
Apakah dalil-dalil keharusan mengerjakan haji untuk orang lain?
Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keharusan mengerjakan haji untuk orang lain. Di antaranya:
1.
Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am
datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara
amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang
dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan
untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.:
''Ya!'' (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
2.
Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui
Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan
dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji
untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu
andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya?
Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih
wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari).
3.
Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau
kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi
menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: "Adakah kamu sudah menunaikan
haji untuk dirimu sendiri?'' Jawabnya: ''Tidak!'' Sabda Baginda: ''Tunaikanlah
untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan
Ibnu Hibban.
4.
Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair
katanya: "Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan
berkata: "Bapa saya telah
memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki
kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji
untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya
yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tunaikanlah
haji untuknya.'' (Riwayat Ahmad dan Nasai).
5.
Hadis-hadis ini jelas menunjukkan keharusannya, malah wajib ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau
tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib
haji yang telah disebut. Andainya ia tidak mempunyai kemampuan kewangan, maka
tidak wajib ia mewakilkan kepada orang lain.
Namun begitu, jika ada pihak lain yang ingin mengerjakan haji bagi
pihaknya walaupun ia tidak berkemampuan, hukumnya juga harus. Seperti seorang
anak yang ingin membiayai ibadah haji untuk ibu bapanya atau salah seorang
daripada mereka.
Seseorang yang ingin melakukan ibadah haji untuk orang lain hendaklah menunaikan haji untuk dirinya terlebih dahulu, seperti yang dinyatakan dalam hadis Syubrumah.
Tidak disyaratkan bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah haji bagi pihak orang lain itu dari kalangan kaum kerabatnya atau berasal dari tempat kelahirannya. Malah ia boleh dilakukan oleh siapa sahaja yang boleh mengerjakannya, walaupun dinyatakan dalam hadis Khas`am di atas daripada anaknya yang paling tua.
Faktor jantina juga tidak diberi perhitungan. Malah jelas daripada hadis wanita Khas`am, wanita telah diizinkan menunaikan haji menggantikan lelaki.
Siapakah yang paling afdal untuk mengerjakan haji bagi pihak si mati atau yang uzur tersebut?
Telah disebut sebelum ini, tidak berbangkit siapakah yang paling afdal.
Namun begitu, seorang anak digalakkan melakukan untuk kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka .
Hal ini termasuk dalam perbuatan ihsan terhadap kedua-dua mereka sesudah kematian mereka, kerana berbakti kepada kedua-dua ibu bapa itu tidak terhenti semasa mereka masih hidup sahaja, malah berterusan selepas kematian mereka.
Selain itu, perlu diperingatkan bahawa seorang anak tidak boleh melakukan ibadah haji kepada kedua-dua ibu bapa mereka dalam satu masa.
Imam Daraqutni meriwayatkan daripada Zaid bin Arqam bermaksud :
"Jika seorang lelaki mengerjakan haji untuk kedua-dua ibu bapanya, diterima daripadanya dan kedua-duanya. Ia tercatat di sisi Allah sebagai kebajikan." (Sunan Daraqutni).
Menyentuh aspek perbelanjaannya pula, siapakah lebih berperanan? Adakah diambil daripada peninggalan si mati atau sumber keluarga yang terdekat?
Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, kewajipan mengerjakan adalah ke atas mereka yang memenuhi syarat dan berkemampuan, bukan kepada yang lain.
Sekiranya mereka tidak sempat mengerjakannya atau berhalangan untuk mengerjakannya kerana faktor kesihatan yang menghalang mereka. Dengan itu perbelanjaan hendaklah diambil daripada harta mereka.
Oleh itu, dalam kes yang melibatkan si mati, sepatutnya sebelum harta peninggalannya diagihkan kepada ahli waris, hendaklah dikeluarkan dahulu kos untuk ibadah haji si mati.
Bagaimanakah sejarah mengupah haji pada zaman Rasulullah s.a.w. hingga para sahabat. Sila jelaskan?
Tiada maklumat berkaitan sejarah upah haji pada zaman awal. Yang ada hanyalah pertanyaan para sahabat mengenai boleh atau tidak dikerjakan haji untuk orang lain seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas.
Salah satu daripada hadis Ibnu Abbas di atas menyatakan pertanyaan itu berlaku semasa baginda melakukan ibadat haji wada` (haji selamat tinggal) pada tahun 10 Hijrah.
1.
Apakah hukum menghajikan orang yang telah
meninggal dunia?
Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
2. Adakah wajib
dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan
semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah
mencukupi?
Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.
3. Apakah wajib ke
atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak
meninggalkan sebarang harta pusaka?
Tidak wajib.
4. Apakah pahala
yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan.
Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.
5.
Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana
sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk
mengerjakan haji bagi dirinya?
Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
6.
Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji
untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?
Boleh.
Boleh.
7.
Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk
orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
8.
Bolehkah seorang mengerjakan umrah untuk
orang lain sesudah dia mengerjakan haji dan umrah wajibnya?
Ya. Boleh.
Ya. Boleh.
9.
Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat haji?
Kemampuan ialah:
Kemampuan ialah:
a) Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
b) Sihat badan
c) Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d) Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.
10.
Adakah hukumnya salah, apabila seseorang
mengerjakan haji dari perbelanjaan yang dikeluarkan oleh orang lain?
Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.
Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.
11.
Bolehkah seseorang berhutang untuk menunaikan
fardhu haji?
Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak
perlu berhutang. Kalau dia berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk
membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang
belum diwajibkan.
12.
Adakah dibolehkan seorang mengerjakan haji
sedangkan dia belum melunaskan semua hutangnya yang dibayar setiap bulan dari
potongan gajinya?
Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.
Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.
13.
Sahkan haji seseorang yang menggunakan wang si
mati di mana dia adalah penerima yang pertama?
Sah hajinya.
Sah hajinya.