DAM HAJI / UMRAH
Bagi kesempurnaan Ibadah Haji/Umrah yang ditunaikan sebelum ini,
sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan dan perlu membayar dam, maka kami
sedia membantu anda menguruskan Dam Haji/Umrah anda.
PENGERTIAN DAM
Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti
denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana
meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang
dilarang.
HIKMAH DAM
1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji.
2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji.
3) Meringankan bebanan jemaah haji.
Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib
takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil.
JENIS-JENIS DAM
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
1.
Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu
mengikut ketetapan syarak (takdir).
Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
|
1. Tidak berihram di
miqat
2. Mengerjakan haji
secara qiran atau tamattuk
3. Luput waktu di
Arafah
4. Tidak bermalam di
Mina
5. Tidak melontar
jamrah
6. Tidak menepati
Nazar yang berkaitan ibadat haji
|
·
Menyembelih seekor kambing
Sekira tidak
mampu
·
Berpuasa 10 hari, 3 hari di Makkah dan 7 hari
apabila pulang ke tempat masing-masing
|
7. Tidak melakukan
tawaf wida’
|
·
Bagi jemaah haji yang meninggalkan tawaf wida’
hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari.
|
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
2. Dam tertib takdil
Ialah dam yang
boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut
kemampuan masing-masing
|
1. Melakukan
persetubuhan sebelum tahalul pertama (membatalkan haji)
|
Sekira tidak mampu
·
Menyembelih seekor Unta
Sekira tidak mampu
·
Menyembelih seekor Lembu
Sekira tidak mampu
·
Menyembelih 7 ekor kambing
Sekira tidak mampu
·
Membeli makanan dengan nilai harga unta dan
disedekahkan kepada fakir miskin.
Sekira tidak mampu
·
Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak
makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
|
2. Terhalang
daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.
|
·
Menyembelih seekor kambing dan bercukur
Sekira tidak mampu
·
Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur
Sekira tidak mampu
·
Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan
kepada fakir miskin
Sekira tidak mampu
·
Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak
makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.
|
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
3. Dam takhyir
taqdir
Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
|
1. Memakai pakaian
yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2. Memakai
bau-bauan.
3. Memotong kuku.
4. Bersetubuh kali
kedua sebelum tahalul awal
|
·
Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan
kepada fakir miskin
Atau
·
Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang
fakir miskin
Atau
·
berpuasa selama 3 hari
|
JENIS DAM
|
KESALAHAN
|
BAYARAN
|
4. Dam takhyir
takdil
Ialah
pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi
berdasarkan harga sebanding.
|
1. Berburu binatang
darat.
2. Menebang,
memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram.
|
·
Menyembelih binatang ternakan yang sebanding
dengan binatang buruan itu.
Atau
·
Membeli makanan dengan nilai harga binatang
buruan itu.
Atau
·
Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang
dibeli dengan harga binatang buruan itu.
|