Kami menawarkan perkhidmatan BADAL HAJI (Upah Haji) dan BADAL UMRAH (Upah Umrah) untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, orang tua yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.
SYARAT UPAH HAJI / BADAL HAJI
1. Orang yang hendak dikerjakan haji untuknya telah TIDAK berkemampuan mengerjakan haji kerana telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh yang menyukarkan pergerakan untuk ke Baitullah.
2. Orang yang mengerjakan haji pula TELAH mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
3. Mengerjakan SATU haji untuk satu orang sahaja pada satu-satu tahun.
PERLAKSANAAN UPAH HAJI
PERLAKSANAAN UPAH HAJI
1. Orang yang melaksanakan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH ini terdiri dari kalangan orang yang terpilih dan dipercayai iaitu pemastautin tetap Kota Makkah Al-Mukaramah (Orang Arab berketurunan Melayu/Patani, Para Tahfiz/Pengajar, Mutawwif dan Ustaz) yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji dan Umrah setiap tahun.
2. Sebagai tanda Upah Haji/ Badal Haji, syarikat menyediakan tanda seperti SIJIL dan IRINGAN2 lain.
Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.
Hadiah dan Cenderahati Setelah Selesai Upah Haji / Umrah | |
Sijil Upah Haji atau Upah Umrah | |
Sejadah | Minyak Attar |
Tasbih | 500ml Air Zam-Zam |
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.
Proses Perlaksanaan
1. Pendaftaran sila hubungi Raudah Umrahajj Services : 013-212 7799 atau Email : raudhah.umrahajj@gmail.com atau Wakil.
2. Mengisi borang daftar online atau print borang daftar manual atau dapatkan borang daftar dari wakil dan lengkapkan borang tersebut.
3. Borang hendaklah dikembalikan.
4. Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya semasa lafaz akad.
5. Sekiranya penyerahan wang dalam bentuk cek, lafaz akad akan dilakukan selepas cek ditunaikan.
6. Bayaran UPAH HAJI untuk seorang adalah seperti yang tertera. Bayaran ini meliputi satu upah HAJI dan satu upah UMRAH. Resit bayaran akan diberi.
7. Perlaksanaan Haji semasa musim haji pada tahun yang berkenaan.
8. Penghantaran Sijil Pengesahan dan hadiah dari pelaksana badal haji. (Sekurang-kurangnya sebulan selepas musim haji berlalu)
9. Bayaran wang Upah Haji dan Upah Umrah sambil melabur dalam saham akhirat. Sebahagian dari yuran tersebut akan disalurkan kepada Pembinaan Masjid, Madrasah dan Pusat Tahfiz terpilih agar impaknya berpanjangan dan berterusan kepada arwah dan juga pemberi.
Semoga ALLAH SWT mengurniakan Haji dan Umrah yang mabrur kepada Allahyarham / Allahyarhamah. Amin.
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.