Wakaf adalah ibadah sunnah yang dicontohkan
oleh Nabi SAW dan para sahabat beliau. Wakaf memiliki kelebihan
dibandingkan ibadah sunnah lainnya, yakni pahala yang mengalir terus menerus
sekalipun yang berwakaf (wakif) sudah meninggal dunia. Rasulullah SAW bersabda:
“Jika meninggal anak Adam, maka
terputuslah amalnya kecuali tiga hal. Shadaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat,
dan anak sholeh yang mendoakan orang tuanya” (H.R. Muslim)
Sehubungan itu, kami Raudhah Umrahajj Services menawarkan perkhidmatan
mewaqafkan Al-Quran kepada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di timur tengah
atau kepada pusat-pusat pengajian Islam di dalam atau diluar negara.
Satu naskhah Al-Quran adalah pada harga RM100 sahaja.
Manual pemberian al-Khaliq kepada makhluqNYA, manusia.
Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi
yang mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Namun, Nabi
sallAllahu `alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam dalam masa
yang singkat, maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.
Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan
sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Maka, khatamkanlah
dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.”
(HR al-Bukhari)
Pesanan ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik,
tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan. Kerana manfaat
utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu,
supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.
Orang-orang soleh dari kalangan para sahabat, tabi`in, tabi`ut tabi`in,
salafussoleh dan selepas zaman mereka sentiasa dalam masa ke semasa khatam
al-Quran. Mereka bukan sekadar baca dan faham. Malah mentadabburnya
dan menghidupkan inti al-Quran. Kita wajar mencontohi sifat mereka yang
mulia itu.
Sehubungan itu, kami Raudhah Umrahajj Services menawarkan
perkhidmatan Khatam Al-Quran untuk arwah ibubapa dan saudara mara terdekat.
Khatam Al-Quran ini akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar yang sedang menuntut
di Makkah atau pusat-pusat pengajian Islam (tahfiz/madrasah) di dalam negara.
Khatam Satu naskhah Al-Quran adalah pada harga RM350 sahaja.