Badal Haji atau Upah Haji

Disertakan Haji, Umrah, Tahlil, Sijil Upah Haji dan Hadiah

Badal Umrah atau Upah Umrah

Disertakan Umrah, Tahlil, Sijil Upah Umrah dan Hadiah

Air Zam-Zam 10 Liter

Sabda Rasulullah S.A.W : “Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut dapat menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai pengubat penyakit"

Pakej Umrah Ziarah

Daripada Ibnu Umar r.a : " Tidak ada seorang pun melainkan wajib baginya sekali Haji dan sekali Umrah kerana disebut kedua-duanya serentak ( Al-Quran - Ayat 196 - Surah Al-Baqarah ) sebagai perintah. Perintah bererti wajib, maka Umrah wajib seperti Haji “( HR Imam Bukhari )

Pakej Haji Swasta PJH

" Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah ". (QS Al-Baqarah : 196)

Sabtu, 22 September 2012

Latar belakang syarikat


Assalamualaikum w.b.t.

TENTANG RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES

Sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera yang ditubuhkan dan diperbadankan pada 10 September 2012
(No. Pendaftaran SSM : NS0103441-W).



Bidang utama syarikat ini adalah dalam bidang Upah Haji (Badal Haji) dan Upah Umrah (Badal Umrah) serta agen perkhidmatan pengurusan Umrah dan Haji. Diperkuatkan dengan tenaga kerja yang sememangnya BERPENGALAMAN 11 tahun dalam perkhidmatan pengurusan Pelancongan, Umrah, Haji, Badal Haji dan Umrah, Korban, Aqiqah, Wakaf dan Khatam Al-Quran.



Syarikat kami juga salah sebuah syarikat pengimport dan pengedar Air Zam-Zam, anda boleh meletakkan kepercayaan kepada kami untuk menguruskan segala-galanya bagi pihak anda.

Impian Raudhah Umrahajj Services adalah untuk menjadi sebuah syarikat agen perkhidmatan pengurusan Umrah dan Haji yang maju dan berdaya saing, agar dapat mengembangkan  sektor ini disamping dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik

1.1     VISI & MISI SYARIKAT

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadat yang difardhukan oleh Allah SWT memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan Umrah dan Haji, umat Islam yang berkemampuan terdorong untuk memenuhi panggilan Ilahi ke Tanah Suci tetapi :

  • Bagi yang telah meninggal dunia, pewaris melaksanakan Upah Haji dan Umrah untuk arwah ahli keluarga mereka.
  • Bagi yang masih hidup tetapi sudah lanjut usia atau yang sakit sudah tiada harapan untuk sembuh dan tidak mampu lagi mengerjakan Haji dan Umrah, pewaris melaksanakan Upah Haji Uzur untuk ahli keluarga mereka.
Melaksanakan perkhidmatan yang terbaik yang memuaskan dan memenuhi keperluan pelanggan kami. Konsep kami adalah amanah yang diberikan, pelaksanaan dirancang demi perniagaan yang berterusan. Kami berharap bahawa kita boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan kami selari dengan moto kami iaitu "Keyakinan Anda Komitmen Kami".

Raudhah Umrahajj Services komited untuk mengendalikan semua perniagaan
perkhidmatan pengurusan Umrah dan Haji untuk anda serta seluruh keluarga anda dengan sewajarnya, selesa dan selaras dengan kehendak Islam.

  • Untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf lima bintang kepada setiap pelanggan yang menggunakan khidmat kami.
  • Menjadi pilihan utama masyarakat dengan menawarkan pakej-pakej yang menarik dan sesuai dengan semua bajet pelanggan.
  • Memudahkan dan Menyempurnakan urusan Badal Haji dan Umrah, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Badal atau Upah Haji dan Umrah untuk ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia atau Uzur.
  • Memperkasakan ekonomi ummah dengan menyumbangkan sebahagian dari yuran tersebut untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan bagi kegunaan umat Islam seperti Pembinaan Madrasah, Masjid, Pusat Tahfiz dan Badan Kebajikan agar impaknya berpanjangan dan berterusan kepada arwah dan pemberi atau penyumbang tersebut.
1.2     Objektif

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda ditempat yang sesuai sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui pendaftaran online. Ini akan memudahkan urusan anda yang terlibat pelbagai aktiviti harian.

Dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan, secara tidak langsung akan dapat memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk dan menggunakan perkhidmatan dari kami. Dengan itu, nama syarikat akan menjadi lebih dikenali ramai.

Secara tidak langsung memudahkan syarikat untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan-pelanggan baru dan pelanggan ulang. Oleh yang demikian, syarikat akan dapat mengembangkan lagi perniagaan.

1.3     Produk / Perkhidmatan
.
Raudhah Umrahajj Services adalah sebuah syarikat yang memberikan tumpuan penuh dalam sektor agen perkhidmatan pengurusan Umrah dan Haji. Kami menyediakan pakej-pakej yang menarik dan sesuai dengan bajet anda.

Antara produk yang kami pasarkan ialah :

  • Pakej Umrah dan Ziarah
  • Pakej Haji Swsta PJH
  • Upah Haji / Badal Haji
  • Upah Umrah / Badal Umrah
  • Korban / Aqiqah di Makkah
  • Wakaf dan Khatam Al-Quran
  • Mengedar dan Menjual Air Zam-Zam
Untuk makluman, anda boleh melayari laman web rasmi syarikat Raudhah Umrahajj Services adalah www.badalhaji.my dan www.badalhaji1.blogspot.com serta www.badalhaji2u.blogspot.com. Laman web ini merupakan rujukan rasmi perniagaan syarikat kami.

Syarikat kami mengambil Badal Haji dan Umrah dengan menunjukkan bukti bahawa Upah Haji tersebut telah ditunaikan. Sijil Badal Haji dan Umrah akan diberikan kepada mereka yang telah mendaftarkan nama dengan syarikat ini untuk dilaksanakan Upah Haji dan Umrah bagi pihak waris mereka.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang keemasan kepada syarikat kami untuk memberi perkhidmatan kepada pihak tuan/puan. Kami juga berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan setimpal dengan harga yang dibayar oleh para pelanggan yang dihormati.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak kami.

“ Keyakinan Anda Komitmen Kami ”

Pengurus
Raudhah Umrahajj Services

Ahad, 16 September 2012

Badal Haji atau Upah Haji 2014 / 2015

 


Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :

PERKARA
HARGA
DISERTAKAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Upah Haji
3.     Hadiah - Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Wakaf & Khatam Al-Quran
3.     Sijil Upah Haji
4.     Hadiah - Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Wakaf & Khatam Al-Quran
3.     Korban
4.     Sijil Upah Haji
5.     Hadiah - Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Haji, Umrah
2.     Sijil Upah Haji
3.     Hadiah - Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

HUKUM MENUNAIKAN HAJI

Haji diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

Rasulullah SAW bersabda, Islam didirikan di atas lima sendi :

1.    Percaya bahawa tiada tuhan kecuali Allah dan bahawa Nabi Muhammad (SAW) Utusan Allah.
2.    Mendirikan solat
3.    Berpuasa dibulan Ramadhan
4.    Mengeluarkan Zakat
5.    Menunaikan Haji di Baitullah jika kuasa perjalanannya.
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Kami menawarkan perkhidmatan BADAL HAJI (Upah Haji) dan BADAL UMRAH (Upah Umrah) untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, orang tua yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

SYARAT UPAH HAJI / BADAL HAJI

1. Orang yang hendak dikerjakan haji untuknya telah TIDAK berkemampuan mengerjakan haji kerana telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh yang menyukarkan pergerakan untuk ke Baitullah.

2.   Orang yang mengerjakan haji pula TELAH mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

3.   Mengerjakan SATU haji untuk satu orang sahaja pada satu-satu tahun.

PERLAKSANAAN UPAH HAJI

1. Orang yang melaksanakan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH ini terdiri dari kalangan orang yang terpilih dan dipercayai iaitu pemastautin tetap Kota Makkah Al-Mukaramah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji dan Umrah setiap tahun.

2.  Sebagai tanda Upah Haji / Badal Haji, syarikat menyediakan tanda seperti SIJIL dan IRINGAN2 lain.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

1.  Menjadi tetamu agung kepada Allah swt.

"Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah swt, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah swt perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah swt ampunkan mereka". (Riwayat al-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

2.  Permintaan dikabulkan

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipat gandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham.” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

 Sijil Badal Haji

Badal Umrah atau Upah Umrah 2014 / 2015



Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :  


PERKARA

HARGA

DISERTAKAN

Upah Umrah

RM 300

1.    Umrah, Tahlil Arwah

2.    Sijil Upah Umrah

3.    Hadiah - Tasbih dan 500ml Air Zam-Zam

Upah Umrah Ramadhan

RM 400

1.    Umrah, Tahlil Arwah

2.    Sijil Upah Umrah

3.    Hadiah - Tasbih dan 500ml Air Zam-Zam



Setelah tamat musim haji kini tiba pula masanya umat islam seluruh dunia yang mempunyai kemampuan untuk mengadakan kunjungan ke Baitullah (Rumah Allah) di Makkah Al Mukarramah dengan mengerjakan umrah atau juga dikenali sebagai Haji Kecil, kerana ditunaikan diluar musim haji. Begitu juga dengan umat islam di Malaysia yang mempunyai kemampuan untuk menunaikan umrah telah pun membuat persediaan untuk tujuan itu.
Raudhah Umrahajj Services yang telah menjalankan perkhidmatan Upah Haji kini mengadakan khidmat Upah Umrah bagi umat islam yang tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan umrah bagi waris - waris mereka yang telah meninggal dunia.

Raudhah Umrahajj Services mampu untuk mengambil Upah Umrah bagi waris - waris tersebut dengan bayaran yang paling minima dan mampu dibayar oleh semua golongan. Jika dibandingkan dengan waris itu mengerjakan umrah itu sendiri.

Tetapi jika mereka mengupahkan kepada Raudhah Umrahajj Services untuk menunaikan hajat mereka itu, bayarannya adalah lebih murah iaitu RM300 sahaja bagi satu ibadat umrah. Pihak syarikat kami akan menunaikan umrah tersebut atas nama mereka yang hendak diumrahkan itu.

Pihak syarikat pula akan mengeluarkan sijil upah umrah yang berupa kenyataan dan keterangan lengkap disertakan sekali tahlil arwah, cenderahati seperti tasbih dan 500ml Air Zam-Zam. Sijil dan cenderahati tersebut akan diserahkan kepada pemohon selepas umrah itu selesai ditunaikan.

Bayaran wang Upah Umrah sambil
melabur dalam saham akhirat. Sebahagian dari yuran tersebut akan disalurkan kepada Pembinaan Masjid, Madrasah dan Pusat Tahfiz terpilih agar impaknya berpanjangan dan berterusan kepada arwah dan juga pemberi.

Semoga ALLAH SWT mengurniakan yang mabrur kepada arwah, Amin.

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.